Tuesday, May 17, 2011

Ingin Menjadi Seorang Wanita yang Baik ^^





lembut wanita kerana senyumannya..
cekal wanita kerana beraninya..
patuh wanita kerana kesetiannya..
sabar wanita kerana imannya..
kasih wanita kerana belaiannya..
lemah wanita kerana airmatanya..
ikhlas wanita kerana simpatinya...
pendam wanita kerana cemburunya..
sayang wanita kerana sikap keibuannya..
tanpa wanita LELAKI MENJADI LEMAH..
kerana wanita jugalah LELAKI MENJADI KALAH...


"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



terasa ingin menjadi seorang perempuan yang baik...walaupun sedar diri tidak berapa baik...slow slow la ubah...insyaAllah jadi baik :')



suka dengar lagu ini...



Sesungguhnya - Raihan

Sebenarnya hati ini cinta kepada-Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada-Mu

Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau kukutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau kusiram
Dengan air hujan dari tujuh langitpun
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu tak akan berbunga

Kucuba menghulurkan sebuah hadiah kepada-Mu
Tapi mungkin isinya tidak sempurna tiada seri
Kucuba menyiramnya agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya tidak sesegar telaga kausar

Jika tidak mengharap rahmat-MU
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu Ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih-Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada-Mu
Moga ku tahu syukurku adalah milik-Mu