Tuesday, August 31, 2010

hikmah doa penuh kesabaran

ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Telah berkata Jibril: “Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah maksud dan hajat hamba-Mu si polan… Maka, Allah menjawab: “Biarkan hamba-Ku itu, kerana Aku mencintai suaranya (yang selalu bermohon dan meratap kepada-Ku).”

berdoa.jpg

Hadis itu begitu dalam maknanya iaitu mengenai hubungan dan rahsia antara hamba dengan Allah. Sesiapa pun tidak berhak mengganggu-gugat kekuatan cinta kedua-duanya. Disebabkan cinta manusia yang mengharap dan berdoa serta kerana rahmat-Nya juga, Dia merindui ratapan dan rayuan si hamba.

Adakah doa ini tiada didengar atau kekotoran roh yang menghijab kurniaan Allah? Tangisan dan rintihan rupanya tidak sia-sia, tetapi umpama bisikan rindu yang dikasihi al-Rahman.

Jika kita boleh memilih dan berkuasa atas kehidupan sendiri, segala-galanya akan tercipta sesuai dengan keinginan kita. Tetapi, kita tidak berhak atas hidup yang seperti ini. Kuasa mencipta dan memilih milik Allah.

Sebagai hamba yang lemah dan amat bergantung kepada belas ihsan-Nya, kita hanya boleh berusaha dan berdoa. Allah yang akan menentukan apa yang terbaik bagi diri kita. Firman Allah bermaksud: “Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkannya berlaku dan Dialah juga yang memilih, tidaklah layak dan tidaklah berhak bagi sesiapa pun memilih (selain daripada pilihan Allah). Maha Suci Allah dan Maha Tinggilah keadaan-Nya daripada apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. Dan Tuhanmu Mengetahui daripada apa yang terpendam dalam hati mereka dan apa yang mereka zahirkan.” (Surah al-Qasas, ayat 68-69)

Mengapa manusia cepat berputus asa ketika berdoa?

Bukankah doa itu adalah ujian keimanan bagi mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah. Alangkah ruginya orang yang berhenti berdoa kerana jemu menunggu dan menunggu harapan yang belum terjawab.

Bukankah doa Nabi Musa dan Harun pada ayat 88, Surah Yunus yang berisi mengenai permintaan kedua-duanya supaya Firaun dibinasakan, akhirnya terjawab setelah 40 tahun berdoa? Kalau kita tidak sesabar Nabi Allah Musa dan Harun, eloklah teliti hadis berikut ini.

Diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa telah bersabda Nabi SAW: “Tidak ada seorang Muslim yang membaca doa di mana tiada pada doanya itu hal yang menimbulkan dosa dan memutuskan hubungan silaturahim, melainkan Allah pasti akan memberikan kepada orang itu dengan doanya salah satu dari tiga macam. Ada kalanya Allah segera memperkenankan doanya. Ada kalanya doanya itu dijadikan oleh Allah sebagai simpanan pahala di akhirat. Dan ada kalanya Allah memalingkan dan menghindarkan sebarang kejahatan (bala dan bencana) daripada orang itu sesuai dengan doanya.”

Berkata sahabat: “Kalau begitu lebih baik kita memperbanyakkan doa!” Nabi SAW bersabda: “Allah akan memperbanyakkan pemberian-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Hakim, katanya semua perawinya adalah sahih)

Tidak sedikit pun kerugian jika kita sering memanjatkan doa. Yang pasti, tiga janji akan Allah berikan kepada yang bersungguh-sungguh berdoa.

Tetapi, perlu diingat ada faktor yang boleh menjejaskan doa itu daripada dikabulkan oleh Allah iaitu:

  • Terburu-buru dan berputus asa.
    Nabi SAW bersabda: “Doa salah seorang daripada kamu akan diperkenankan oleh Allah asalkan saja seseorang itu tidak terburu-buru lalu ia mengatakan: Aku telah berdoa, tetapi doaku belum diperkenankan.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
  • Menggunakan rezeki daripada sumber yang haram.
    Nabi SAW bersabda dengan menyebut hal seorang lelaki yang jauh perjalanannya, kusut rambutnya, berdebu badannya, mengangkat kedua-dua tangannya ke atas langit sambil berdoa: “Ya Rabbi, Ya Rabbi, sedangkan makanannya dari harta yang haram, minumannya daripada harta yang haram, pakaiannya daripada harta yang haram dan mulutnya disuapkan makanan yang haram, maka bagaimana akan diperkenankan doanya?” (Hadis riwayat Muslim)

Terus meminta dan berharap kepada Allah kerana Dia tidak pernah menyalahi janji-Nya. Yang perlu diingat ialah bukan kita yang memilih apa yang akan terjadi pada diri ini, tetapi Allahlah yang berhak memilihnya.

Begitu juga dengan persoalan bilakah masanya Allah akan mengabulkan doa itu? Ia adalah hak Allah semata-mata kerana Dia Maha Mengetahui masa yang paling sesuai dan baik untuk diberikannya apa yang diminta daripada-Nya.

INTIPATI
Tiga faktor jejaskan doa daripada dimakbulkan Allah

  1. Terburu-buru
  2. Berputus asa
  3. Menggunakan rezeki daripada sumber yang haram

Tiga janji Allah kepada umat bersungguh-sungguh berdoa

  1. Allah perkenankan doa
  2. Doanya Allah jadikan simpanan pahala di akhirat
  3. Allah hindarkan sebarang kejahatan (bala, bencana)

AndainYa LeLaki taHu

Andainya Lelaki tahu..
Dalam Hati Seorang Perempuan,
Ada Naluri untuk DiSayangi..
Ada rasa untuk DiBeri Perhatian...
Ada Rasa untuk Didengari Keluh Kesahnya..
Ada Waktu-Waktu Minta diTemani Kesedihannya...

Andainya Lelaki Tahu..
RajuK seOrang PereMpuan minta DipuJuk...
MaraH seOrang PeremPuan Perlu DideKati..
SediH seOrang PereMpuan HaruS DIdengaRi...
GemBira SeoraNg PereMpuan InGin DiKongsi..

AndaInya LelaKi Tahu...
DiseBalik SeriBu SatU raSa itu..
Ada SekePing Hati BegiTu LemBut..

Bukan uNtUk DiManJai...
BuKan Jua uNtUk diTataNg BaGai MinYak yanG Penuh..
HanYa Perlu SediKit PerHatiaN..
AgaR RaSa kasiH iTu WuJud..
WalaU diSaaT JauH..

KeraNa AndaI LelaKi tahu..
haTi ini aKaN senTiasa BertanYa..
WuJudkaH ciNta atauPuN rinDu diHati LelaKi??
Bila DiSaat Jauh..

SaYanGilah SeseOrang iTu AtaS daSar SiaPa DirinYa SekaRang..
BuKan aTas DaSar siaPa diRinYa SebeLum iNi..
CinTailah SeseOranG iTu KeraNa HatinYa...
BuKan paRas RuPa seMaTa-MaTa..