Wednesday, September 1, 2010

~Layang-layang itu....~

Di suatu petang yang sangat nyaman dan tenang, si kakak membawa adik kecilnya berjalan ke taman permainan berhampiran dengan rumah mereka. Si adik yang berusia dalam lingkungan 5-6 tahun kelihatan sangat gembira, memandangkan sudah sekian lama si kakak tidak membawanya ke taman itu. Maklumlah, baru dapat pulang bercuti.


Seperti biasa, si adik meminta kakaknya mengayunkan buaiannya. Si kakak menurut sahaja sambil mengayunkan buaian itu dengan penuh berhati-hati tapi laju, agar si adik tidak terjatuh. Sedang si kakak dan si adik sedang bercerita sambil bermain buaian, kelihatan sekumpulan anak muda ingin menaikkan layang-layang mereka di padang bersebelahan dengan taman permainan itu.

Si adik meminta si kakak membawanya tengok layang-layang itu. Dengan penuh sabar melayan keletah adik, dia memimpin tangan adiknya menuju ke sebuah pohon yang rendang di tepi padang. Kelihatan layang-layang itu, terbang tinggi sangat. Lama juga bertahan, namun tak lama lepas tu, terus terjatuh menyembah bumi. Layang-layang yang jatuh itu, dinaikkan semula, dan juga dapat bertahan lebih lama dari sebelumnya.

Adik : Cuba akak tengok layang-layang tu. Cantik kan??

Kakak : Cantik. Tapi kan Dik, walaupun dia terbang tinggi, takkan kekal lama tau. Sebabnya nanti apabila angin dah tak ada, layang-layang ni akan jatuh. Sama juga macam kita.

Adik : Kita?? Akak dan Adik ke? Tak sama pun.

Kakak : Hehe. Bukan camtu Dik. Dia ibarat macam kita manusia yang ada kat atas bumi ni. Dalam hidup ni, ada masanya, apabila kita ada semua benda yang kita nak, macam keluarga yang bahagia ke, kawan-kawan yang baik, makanan yang sentiasa sedap dan cukup, badan yang sihat, duit yang cukup, ilmu yang banyak, dan semua yang best2, kita akan rasa kita sentiasa berada di atas. Maknanya, kita rasa kita sentiasa berada dalam keadaan yang sangat selesa, dan adakalanya, kita tak terasa yang semua benda ni, satu hari nanti, mungkin bukan lagi akan jadi milik kita.

Adik : Oh, tapi apa kaitannya dengan layang-layang Kak?

Kakak : Layang-layang, kalau tak ada angin bertiup, atau mungkin layang-layang tu tak sesuai untuk terbang, susah nak naik tinggi macam tu (jari menunjuk ke arah layang- layang yang tinggi). Tapi, apabila angin tak ada, ataupun ada bahagian dia yang rosak, akanterjatuh juga. Cuba Adik bayangkan diri Adik, sihat camni, tiba-tibaAdik kena demam, Adik rasa Adik mampu tak nak gi tadika??

Adik : Kalau Adik demam, mestilah tak. Kalau Adik demam nanti takut Adik muntah kat tadika. Nanti kesian kat cikgu kena basuh muntah Adik. Kalau Adik demam, Adik suka duk rumah je. Abah dan Mak boleh jaga Adik. Mak boleh bagi Adik makan ubat. Nanti Adik dah sihat, baru Adik pergi sekolah balik. Hehe.

Kakak : Wah, pandailah Adik akak ni. Layang-layang kan, apabila dia terkoyak, dia akan jatuh. Tapi apabila dah dibaiki, boleh je nak naikkan semula. Apa yang akak nak cerita, dalam hidup ni, dari kecil sampai besar, akan ada susah dan senang. Akan ada jatuh danbangun. Apabila kita rasa senang dan selesa, kita kena ingat, yang semua itu adalah pinjaman sahaja. Boleh jadi apabila tiba masa dia, pinjaman ni akan ditarik balik. Tapi, dengan keyakinan kita yang kuat terhadap Tuhan kita, InsyaAllah segala benda yang kita rasa susah, akan dipermudahkan. Dalam hidup ni, kita diuji dengan kesusahan bukan kerana Tuhan tak sukakan kita, tapi sebab Tuhan sayangkan kita dan mahu kita lebih kuat untuk meneruskan amalan-amalan kita di dunia, sebagai bekalan di dunia satu lagi nanti. Seperti Mak marahkan Akak dan Adik bila kita buat salah, bukan keranabenci, tapi kerana sayangkan dan nak kita jadi lebih baik.

Si Adik sudah pun terlentok meletakkan kepalanya di lengan kakaknya. Mungkin terlalu asyik mendengar kakaknya bercerita, dan juga mungkin kepenatan bermain. Si kakak hanya tersenyum tatkala melihat adiknya yang manja itu sudah terlena. Dibelainya rambut adik yang nipis itu sambil matanya masih lagi tertumpu pada layang-layang yang masih terbang di langit.

Adik masih terlalu kecil untuk mendengar semua ini. Namun, Akak harap, apa yang Akak cakapkan ni, tersemat dalam ingatan Adik sehingga Adik besar dewasa. Jangan risau, apabila Adik sudah besar nanti, Akak akan ulang kisah ni untuk Adik, meskipun masa tu tiada layang-layang di langit. Akak janji InsyaAllah.

Anak-anak muda yang main layang-layang tadi sudahpun menurunkan layang-layangnya. Si kakak pula mengangkat si Adik yang terlentok itu pulang ke rumah. Si ibu tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat si Adik yang manja itu 'mengenakan' kakaknya. Namun, memandangkan Maghrib hampir tiba, Adik dikejutkan dari lenanya. Mata Adik masih lagi terkebil-kebil, tapi di bibirnya terukir senyuman yang sangat manis.

Kakak, nanti kan, Akak cerita lagi ye pasal layang-layang tadi. Adik tidur. Tak dengar habis tadi.

Kakaknya hanya mengangguk tanda setuju. Ibu bertanya tentang layang-layang melalui ekspresi mukanya, dijawab dengan kenyit mata dan senyuman oleh si kakak tadi. Berlalulah sebuah petang yang indah dengan kisah di sebalik layang-layang.

Gambar hanya hiasan semata-mata

p/s - Hanya sebuah kisah yang bermain di benak fikiran. Apa yang ada dalam kisah ni lahir dari minda, fikiran dan pendapat diri sendiri.

No comments:

Post a Comment