Sunday, February 27, 2011

Diari Kesyukuran Saya

AINY NADIA

A

Amanah

I

Ikhlas

N

Naif

Y

Yakin

N

Naif

A

Alim

D

Dinamik

I

Idealistik

A

Abadi

Sejak beberapa bulan yang lalu, saya telah membina Diari Kesyukuran milik saya sendiri. Berikut adalah 27 perkara yang saya syukuri hari ini, saya kongsikan dengan Anda sebagai panduan untuk membina Diari Kesyukuran Anda, atau dipanggil dengan nama Gratitude List (Senarai Kesyukuran).

Ini dia Senarai Kesyukuran saya:

1. Saya bersyukur abah memberikan nama Ainy Nadia Zainoddin kepada saya, kerana disebalik nama ini memberi kekuatan kepada saya.

2. Saya bersyukur saya sentiasa dapat bersarapan pagi hari ini, makan tengahari dan makan malam, semuanya cukup serba serbi tanpa ada kekurangan. Alhamdulillah.

3. Saya bersyukur saya sihat, mental saya cerdas dan saya dapat belajar benda baru setiap hari untuk menambah baik kemahiran diri saya.

4. Saya bersyukur saya dapat bangun awal setiap pagi tanpa rasa malas tp malas jugak kadang-kadang.

5. Saya bersyukur di kelilingi oleh kawan yang baik-baik setelah mengaharungi pelbagai cabaran dalam berkawan ini.

6. Saya bersyukur dalam masa bujang ni, saya ada peluang untuk memperbaiki tahap kewangan saya sebelum saya berkahwin.

7. Saya bersyukur saya ada rumah sewa untuk saya berlindung dari panas dan hujan, untuk saya tidur merehatkan badan.

8. Saya bersyukur tidur saya sentiasa cukup, rehat saya sentiasa cukup.

9. Saya bersyukur saya ada duit untuk membeli semua keperluan hidup saya.

10. Saya bersyukur saya dapat menggembirakan seseorang, walau siapapun dia.

11. Saya bersyukur hari ini hari adalah terbaik buat saya, esok saya bertekad mahu capai tahap lebih baik dari yang hari ini punya.

12. Saya bersyukur saya masih ada sebuah Laptop masih keadaan baik yang berusia hampir 4 tahun untuk saya menaip setiap hari.

13. Saya ada dua buah handphone dan dengan handphone inilah saya berhubung dengan keluarga yang kini jauh di mata. Syukur pada Allah, rezeki ini pemberianNYA.

14. Saya bersyukur saya ada peluang membaiki diri.

15. Saya bersyukur saya ditemukan dengan ramai mentor, walaupun cuma di dalam buku.

16. Saya bersyukur saya dapat berjalan-jalan menenangkan fikiran walau sibuk macam manapun saya, saya bersyukur dapat menghirup udara segar yang sungguh menyenangkan.

17. Saya bersyukur saya ada tujuan hidup.

18. Saya bersyukur masa depan yang cerah menanti saya di hujung sana.

19. Saya bersyukur dapat membeli novel-novel yang terkini untuk mengisi masa lapang saya.

20. Saya bersyukur hidup saya masih terurus, saya bersyukur hidup saya amat tenang.

21. Saya bersyukur makan pakai saya sentiasa cukup, tanpa ada kekurangan walaupun kadang-kadang saya merungut elaun saya tidak cukup hehe.

22. Saya bersyukur saya ada sebuah kaca mata untuk saya melihat dengan jelas setiap masa.

23. Saya bersyukur kerana diberikan sepasang mata yang berwarna coklat tanpa memakai contact lense.

24. Saya bersyukur dalam usia sekarang ini, pengalaman hidup mengajar saya berfikiran dewasa.

25. Saya bersyukur kerana Allah telah memberi saya peluang untuk menikmati sebuah kehidupan yang serderhana. Lengkap semuanya Alhamdulillah.

26. Saya bersyukur Allah memberi saya peluang untuk saya beribadah setiap hari, di setiap ketika, di manapun jua. Thank you Allah

27. Saya bersyukur rupa saya tidak ada cacat celanya, saya bersyukur fizikal saya baik-baik saja.

Saya tulis list sebegini untuk membangkitkan rasa bersyukur, rasa berterima kasih dan rasa gembira.

Tiap kali emosi merundum atau emosi down, baca balik list macam ni untuk bersemangat semula, happy semula. Dulu, jalan menuju kejayaan dikaitkan dengan kerja keras dan kepayahan berusaha.

Kini, jalan menuju kejayaan dipermudahkan dengan mengekalkan kegembiraan. Sebuah kegembiraan di dalam hati akan menarik lebih banyak lagi kegembiraan. Joy attracts joy!

Apa saja matlamat jadi mudah dicapai apabila hati gembira kesan dari rasa bersyukur pada Allah. Sebuah rasa kesyukuran akan menarik lebih banyak lagi rasa kesyukuran. Saya sarankan Anda buat hal ini setiap hari sehingga Anda perasan emosi Anda berubah jadi semakin baik dan persekitaran Anda berubah jadi lebih baik.

Setiap kali Anda menulis perkara yang Anda syukuri, rasai kesannya di dalam hati.

Biar rasa kesyukuran tu meresap jauh ke dalam hati Anda. Jangan kelam kabut ketika menulis, biar santai dan satu-satu. Tujuan Anda menulis Senarai Kesyukuran adalah untuk Anda bangkitkan rasa bersyukur, seterusnya akan membangkitkan rasa kegembiraan selepas itu.

Selamat mencuba J

No comments:

Post a Comment