Salam ceria dan salam perkongsian untuk semua, tidak kira di mana pun anda berada. Apa khabar anda hari ini ? Ceria, gelisah, moody atau biasa-biasa saja.
Kawan-kawan,
Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti dan punya berbagai skrip penyedap jalan cerita. Terimalah kenyataan itu dengan menyedari sifat-sifat kehidupan yang sebenarnya.
Hidup ini Indah.
Setuju?
Em, hidup ini indah pada mereka yang kenal apa itu erti keindahan.
Keindahan yang bukan sahaja dinilai dengan mata, sebaliknya dipandu dengan iman dan taqwa di hati.
Hidup akan jadi tersangat indah.
Kadang-kadang kita selalu rasa hidup kita sangat malang. Mungkin sebab terlalu banyak dugaan dan cubaan. Ataupun mungkin juga sebab kita tak puas dengan apa yang kita dah ada.
Selalu terdetik kat hati "Indahnya kalau hidup aku macam si fulan bin si fulan". Mungkin bukan niat di hati untuk tidak redha pada ketentuan Allah s.w.t. tetapi atas kelemahan kita sebagai manusia, sering kali kita termakan bisikan syaitan.
Tapi,
Pernah tak kita membandingkan hidup kita dengan mereka yang lebih malang? Kita mungkin tak kaya, tapi sekurang-kurangnya beras di rumah tak pernah habis. Lauk masih terhidang kat meja setiap kali waktu makan, walaupun hanya ikan goreng. Macam mana dengan mereka yang tak ada makanan pun untuk alas perut. Bukankah mereka lebih malang?
Kita mungkin tak cantik. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih sempurna. Cukup sifat dan anggota. Kita jauh lebih beruntung berbanding mereka yang cacat.
Sebab itulah kita kena banyakkan bersyukur. Syukur dengan segala nikmat yang dikurnia Allah s.w.t. Bilamana kita bersyukur, Hidup Pasti akan jadi Lebih Indah =]
Percayalah.
Kenapa aku berkata begitu?
Bilamana kita bersyukur, hidup kita pasti akan jadi lebih indah. Aku berkata demikian melalui pengalaman aku. Alhamdulillah sekarang aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.
Aku teringatkan semasa aku di awal semester di kampusku iaitu sekitar bulan Januari 2008 . Kerana perselisihan faham yang sikit aku terasa dibuang oleh rakan-rakan. Tapi aku bersyukur kerana masih ada golongan yang sedikit masih mempercayai aku.
Orang kata “jika kita rasa diri kita dipinggirkan, cuba fikir semula adakah orang yang meminggirkan kita atau kita yang meminggirkan diri”?
Sekarang baru aku mengerti apa maksudnya. Ya memang aku yang meminggirkan diri aku dari segala aktiviti yang rakan-rakan aku buat kerana aku terasa diri ini tidak disukai oleh rakan-rakan.
Sejak dari peristiwa perselisihan faham itu, aku sangat murah dengan air mata. Boleh dikatakan setiap malam aku akan menangis dan terus menangis. Dan akhirnya aku sendiri yang mengundang penyakit datang padaku.. oh migraine!!!
Walaupun aku mempunyai sedikit kawan di kampus, aku bersyukur kerana masih ada kawan yang sudi berkawan denganku. Aku juga banyak berjumpa pensyarah untuk mendapat khidmat nasihat dan kaunseling untuk menguatkan semangatku yang semakin pudar.
Aku mengaku aku penah terfikir untuk berpindah kampus dan berhenti sahaja pengajianku ini. aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang tidak jemu memberi aku semangat dan dorongan.
Pada hujung bulan Januari 2009, segalanya telah kembali seperti asal apabila aku meminta maaf kepada rakan-rakan aku. Aku mengalah kerana aku sangat sayangkan rakan-rakanku yang lain. Kerana perselisihan faham ini banyak benda dalam kelasku menjadi seperti tidak seronok saja. Aku akan akhirkan semua ini. Hanya Allah sahaja tahu niat aku.
Rakan-rakan aku minta maaf atas semua perselisihan faham ini. Sesungguhnya aku tidak pernah terniat untuk melakukan ini semua. Andai benar apa yang dikata, andai benar aku yang bersalah, maafkan kesalahan aku.
Kini aku bersyukur, aku lebih bahagia apabila aku meminta maaf dan memaafkan orang lain. Sekarang aku telah mempunyai ramai kawan dan Alhamdulillah aku juga mempunyai beberapa keluarga angkat selepas berlakunya peristiwa tersebut.
Percayalah kawan-kawan, setiap kesusahan yang kita alami pasti ada manisnya.
KebesaranMu
"Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap yang kesukaran di sertai kemudahan. Sekali lagi ditegaskan: bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Surah Al-Inshirah: 5-6)
Sebagai seorang muslim, jangalah kita mudah berputus asa. Berpenganglah janji Allah ni dan teruskan usaha. Jadilah seorang yang sabar dan redha atas segala kesusahan yang di terima. Sesungguhnya, sesuatu yang terjadi Allah tidak akan sia-siakannya. Yakin dan pastilah dengan janji dan ganjaran Allah kepada mereka yang bersabar.
No comments:
Post a Comment