Saturday, July 31, 2010

duhai hati tabahlah

Hidup umpama teks cerita yang punya jalan tersendiri pada setiap helaiannya. Kadang apa yang kita fikir logik, tidak jadi realiti dan apa yang kita fikir mustahil tetapi itu yang berlaku.

Begitulah.

Kadang kita begitu sesal dengan segala yang pernah kita catat pada diari kehidupan silam dan berharap moga-moga dapat mengubah walaupun sedikit. Kita juga kadang berharap dapat diberi peluang sekali lagi untuk memulakan langkah di awal garisan mula.

Kadang juga kita berasa sangat ingin untuk dibelai dan dikasih seperti bayi. Kadang kita berasa seperti mahu terus berada dalam dakapan orang yang kita kasihi kerana kita berasa selamat dan sejahtera. Kadang juga kita terasa ingin terbang di awangan untuk terus melupakan segala silap dan pedih yang telah kita cipta sendiri.

Kita mungkin selalu menyangka bahawa hujan, ribut dan ombak yang datang menggulung besar menenggelamkan segala apa yang ada di pepasir, adalah sesuatu yang tidak adil. Tetapi selalu juga kita lupa bahawa, hujan, ribut dan ombak adalah satu daripada peristiwa dalam sejuta yang perlu berlaku kerana sudah dicatat takdirnya.

Seperti mentari yang bersinar pada rintik-rintik gerimis yang membasah hijau bumi. Dan pada warna-warni pelangi yang indah tetapi tak boleh digapai, kita selalu tidak dapat menahan takjub dan ingin.

Tetapi kita selalu alpa.

Bahawa ribut, hujan, gelora bersama gerimis, mentari dan pelangi adalah sama. Bezanya adalah pada diri dan mata hati yang merenungnya. Samada gagah atau lemah. Pilihan ada pada yang punya fikir. Dan yang paling terbaik adalah…

keterikatan hubungan dengan Allah.

wahai hati


tabahlah.

Entah..hati sendiri kadang2 sukar dimengerti…sukarnya meluah…memberitahu apa yang dirasa…apa yang dialami…

Kadang2 terluka…kadang2 melukakan…hakikatnya sakit…terguris….

Tak tahu…hati ini seolah merelakan…melepaskan…pergilah…lepaskanlah…

Penat sebenarnya…walau hakikatnya tiada siapa yang tahu…

Penat merawat hati….mungkin terubat tapi seringnya tidak…

Ya Allah..kuatkanlah hati ini….

Wahai hati…tabahlah..!!

Walau embun jernih itu kerap menitis….

Walau hati kecil itu sering menangis…tapi…kuatlah…

Hidup itu satu perjuangan…luka itu sekadar pengalaman….untuk mematangkan…untuk menguatkan…untuk menguji sekeping hati….

No comments:

Post a Comment