Wednesday, July 21, 2010

minat dan harapan aku

Menulis bukan hobiku, hobiku yang sebenarnya adalah membaca. Namun ternyata aku jadi lebih suka membaca novel novel yang berkaitan percintaan.. alangkah bestnya kalau hidup ini macam jalan cerita dalam novel.. semuanya hepy ending... biasalah, cerita dalam buku.. smua akan berakhir dengan kebahagiaan.. dan aku juga berharap hidupku juga akan berakhir dengan kebahagiaan juga.. insyaallah =)

Tiba-tiba aku terkenangkan zaman aku sekolah menengah dahulu... Semasa di alam persekolahan, jiwaku seakan-akan lapar sekiranya dalam sehari aku tidak menyentuh apa-apa kertas atau buku yang boleh kujadikan bahan bacaan, waima cebisan kertas surat khabar lama yang kulihat di celah-celah semak di tepi jalan. Rakan-rakanku pernah menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka jikalau mereka mengadu masalah mereka kepadaku jika di tanganku kejap memegang sebuah buku. Ini kerana, aku seolah-olah berada dalam dunia yang lain dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Perkara ini memang aku akui kebenarannya kerana jika novel yang kupegang, lain-lain tidak kuhiraukan.

aku memang kaki novel la dulu.. siap digelar penglipur lara sebab lepas habis aku baca novel tersebut aku akan ceritakan kisah-kisah novel tersebut dekat kawan-kawan aku yang malas nak baca novel.. yang bestnya aku ingat setiap babak dan muka surat kalu kawan-kawan aku nak tengok.. hebat kan aku hehe

Membaca bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi melalui pembacaan kita dapat mengasah kreativiti dalam penulisan seterusnya menjadi salah satu usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Selain mengikuti arus cerita yang dibawa oleh penulis, sebagai pembaca, aku juga tertarik dengan kemampuan mereka menggarap idea yang mungkin tidak terfikir oleh si pembaca.

Kadang-kadang aku juga berangan-angan untuk jadi penulis terkenal seperti penulis-penulis novel. Ada beberapa cerpen yang aku buat untuk simpanan peribadi. Tetapi sayang sekali selepas laptop aku rosak suatu ketika dahulu, selepas format laptop semua koleksi cerpen aku telah hilang :'( Aku berazam suatu hari nanti aku juga mahu jadi penulis novel terkenal seperti Ramlee Awang Mursyid, Norhayati Berahim ataupun penulis muda yang saya minati Damya Hanna.

Aku harap minat membaca bukan sahaja digalakkan pada remaja tetapi kepada semua golongan kerana dengan membaca, minda kita akan terbuka lebih luas. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak membaca luas pengetahuan. Sekian


No comments:

Post a Comment