Saturday, July 31, 2010

duhai hati tabahlah

Hidup umpama teks cerita yang punya jalan tersendiri pada setiap helaiannya. Kadang apa yang kita fikir logik, tidak jadi realiti dan apa yang kita fikir mustahil tetapi itu yang berlaku.

Begitulah.

Kadang kita begitu sesal dengan segala yang pernah kita catat pada diari kehidupan silam dan berharap moga-moga dapat mengubah walaupun sedikit. Kita juga kadang berharap dapat diberi peluang sekali lagi untuk memulakan langkah di awal garisan mula.

Kadang juga kita berasa sangat ingin untuk dibelai dan dikasih seperti bayi. Kadang kita berasa seperti mahu terus berada dalam dakapan orang yang kita kasihi kerana kita berasa selamat dan sejahtera. Kadang juga kita terasa ingin terbang di awangan untuk terus melupakan segala silap dan pedih yang telah kita cipta sendiri.

Kita mungkin selalu menyangka bahawa hujan, ribut dan ombak yang datang menggulung besar menenggelamkan segala apa yang ada di pepasir, adalah sesuatu yang tidak adil. Tetapi selalu juga kita lupa bahawa, hujan, ribut dan ombak adalah satu daripada peristiwa dalam sejuta yang perlu berlaku kerana sudah dicatat takdirnya.

Seperti mentari yang bersinar pada rintik-rintik gerimis yang membasah hijau bumi. Dan pada warna-warni pelangi yang indah tetapi tak boleh digapai, kita selalu tidak dapat menahan takjub dan ingin.

Tetapi kita selalu alpa.

Bahawa ribut, hujan, gelora bersama gerimis, mentari dan pelangi adalah sama. Bezanya adalah pada diri dan mata hati yang merenungnya. Samada gagah atau lemah. Pilihan ada pada yang punya fikir. Dan yang paling terbaik adalah…

keterikatan hubungan dengan Allah.

wahai hati


tabahlah.

Entah..hati sendiri kadang2 sukar dimengerti…sukarnya meluah…memberitahu apa yang dirasa…apa yang dialami…

Kadang2 terluka…kadang2 melukakan…hakikatnya sakit…terguris….

Tak tahu…hati ini seolah merelakan…melepaskan…pergilah…lepaskanlah…

Penat sebenarnya…walau hakikatnya tiada siapa yang tahu…

Penat merawat hati….mungkin terubat tapi seringnya tidak…

Ya Allah..kuatkanlah hati ini….

Wahai hati…tabahlah..!!

Walau embun jernih itu kerap menitis….

Walau hati kecil itu sering menangis…tapi…kuatlah…

Hidup itu satu perjuangan…luka itu sekadar pengalaman….untuk mematangkan…untuk menguatkan…untuk menguji sekeping hati….

Tuesday, July 27, 2010

Mencintai dan Dicintai

Adakah kita mencintai kerana dicintai ataupun kita dicintai kerana mencintai?

Pada saya, untuk dicintai, kita harus mencintai terlebih dahulu. Dengan kata lain, untuk dicintai atau disukai, kita harus mengambil inisiatif terlebih dahulu untuk mencintai dan juga menyukai sesuatu.

Tiada orang yang tak suka dicintai. Kerana perasaan dicintai dan disayangi itu sangat indah. Sangat bahagia. Anak mana yang tak gembira bila dicintai orang tuanya. Suami mana yang tak suka dicintai isterinya. Ayah mana yang tidak mahu dicintai anak-anaknya. Semuanya sama, mahu dicintai dan mahu disayangi.

Persoalannya, adakah kita mencintai terlebih dahulu. Adakah si anak itu mencintai orang tuanya? Adakah si suami mencintai isterinya? Dan adakah si ayah mencintai anaknya?

Usah ditagih cinta sekiranya kita tidak mahu mencintai.

Sedangkan pokok pun harus dibelai, dimanjakan dengan menyiram, membaja dan sebagainya, sebelum "cinta" itu dibalas kembali dengan buah dan hasil, inikan pula manusia, yang punya hati dan perasaan.

Yang paling penting, cintailah Yang Maha Esa, Allah s.w.t. sebelum mengharap cinta daripada-Nya. Pasti, tiada cinta yang lebih agung daripada cinta kepada-Nya =]

Renungan untuk diri sendiri dan rakan-rakan.

Bilamana kita bersyukur, Hidup Pasti akan jadi Lebih Indah =]

Salam ceria dan salam perkongsian untuk semua, tidak kira di mana pun anda berada. Apa khabar anda hari ini ? Ceria, gelisah, moody atau biasa-biasa saja.

Kawan-kawan,

Hidup ini penuh dengan putarannya, tanpa berhenti dan punya berbagai skrip penyedap jalan cerita. Terimalah kenyataan itu dengan menyedari sifat-sifat kehidupan yang sebenarnya.

Hidup ini Indah.

Setuju?

Em, hidup ini indah pada mereka yang kenal apa itu erti keindahan.

Keindahan yang bukan sahaja dinilai dengan mata, sebaliknya dipandu dengan iman dan taqwa di hati.

Hidup akan jadi tersangat indah.

Kadang-kadang kita selalu rasa hidup kita sangat malang. Mungkin sebab terlalu banyak dugaan dan cubaan. Ataupun mungkin juga sebab kita tak puas dengan apa yang kita dah ada.

Selalu terdetik kat hati "Indahnya kalau hidup aku macam si fulan bin si fulan". Mungkin bukan niat di hati untuk tidak redha pada ketentuan Allah s.w.t. tetapi atas kelemahan kita sebagai manusia, sering kali kita termakan bisikan syaitan.

Tapi,

Pernah tak kita membandingkan hidup kita dengan mereka yang lebih malang? Kita mungkin tak kaya, tapi sekurang-kurangnya beras di rumah tak pernah habis. Lauk masih terhidang kat meja setiap kali waktu makan, walaupun hanya ikan goreng. Macam mana dengan mereka yang tak ada makanan pun untuk alas perut. Bukankah mereka lebih malang?

Kita mungkin tak cantik. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih sempurna. Cukup sifat dan anggota. Kita jauh lebih beruntung berbanding mereka yang cacat.

Sebab itulah kita kena banyakkan bersyukur. Syukur dengan segala nikmat yang dikurnia Allah s.w.t. Bilamana kita bersyukur, Hidup Pasti akan jadi Lebih Indah =]

Percayalah.

Kenapa aku berkata begitu?

Bilamana kita bersyukur, hidup kita pasti akan jadi lebih indah. Aku berkata demikian melalui pengalaman aku. Alhamdulillah sekarang aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang.

Aku teringatkan semasa aku di awal semester di kampusku iaitu sekitar bulan Januari 2008 . Kerana perselisihan faham yang sikit aku terasa dibuang oleh rakan-rakan. Tapi aku bersyukur kerana masih ada golongan yang sedikit masih mempercayai aku.

Orang kata “jika kita rasa diri kita dipinggirkan, cuba fikir semula adakah orang yang meminggirkan kita atau kita yang meminggirkan diri”?

Sekarang baru aku mengerti apa maksudnya. Ya memang aku yang meminggirkan diri aku dari segala aktiviti yang rakan-rakan aku buat kerana aku terasa diri ini tidak disukai oleh rakan-rakan.

Sejak dari peristiwa perselisihan faham itu, aku sangat murah dengan air mata. Boleh dikatakan setiap malam aku akan menangis dan terus menangis. Dan akhirnya aku sendiri yang mengundang penyakit datang padaku.. oh migraine!!!

Walaupun aku mempunyai sedikit kawan di kampus, aku bersyukur kerana masih ada kawan yang sudi berkawan denganku. Aku juga banyak berjumpa pensyarah untuk mendapat khidmat nasihat dan kaunseling untuk menguatkan semangatku yang semakin pudar.

Aku mengaku aku penah terfikir untuk berpindah kampus dan berhenti sahaja pengajianku ini. aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang tidak jemu memberi aku semangat dan dorongan.

Pada hujung bulan Januari 2009, segalanya telah kembali seperti asal apabila aku meminta maaf kepada rakan-rakan aku. Aku mengalah kerana aku sangat sayangkan rakan-rakanku yang lain. Kerana perselisihan faham ini banyak benda dalam kelasku menjadi seperti tidak seronok saja. Aku akan akhirkan semua ini. Hanya Allah sahaja tahu niat aku.

Rakan-rakan aku minta maaf atas semua perselisihan faham ini. Sesungguhnya aku tidak pernah terniat untuk melakukan ini semua. Andai benar apa yang dikata, andai benar aku yang bersalah, maafkan kesalahan aku.

Kini aku bersyukur, aku lebih bahagia apabila aku meminta maaf dan memaafkan orang lain. Sekarang aku telah mempunyai ramai kawan dan Alhamdulillah aku juga mempunyai beberapa keluarga angkat selepas berlakunya peristiwa tersebut.

Percayalah kawan-kawan, setiap kesusahan yang kita alami pasti ada manisnya.

KebesaranMu

Kau,tempat ku mengadu hati,
pemberi segala hidup,
dunia dan seisinya milikMu,
mencintaiMu sejati ..

Ku manusia yang penuh dosa,
berharap ampunanMu,
lihat di langit kesempurnaan hadirMu,
Kau cinta pertama dalam hidup .

Allahuakhbar Maha Besar ,
MemujaMu begitu indah ,
Selalu Kau berikan semua ,
KebesaranMu Tuhan .

"Oleh itu, maka tetapkanlah kepercayaanmu bahawa sesungguhnya tiap-tiap yang kesukaran di sertai kemudahan. Sekali lagi ditegaskan: bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" (Surah Al-Inshirah: 5-6)

Sebagai seorang muslim, jangalah kita mudah berputus asa. Berpenganglah janji Allah ni dan teruskan usaha. Jadilah seorang yang sabar dan redha atas segala kesusahan yang di terima. Sesungguhnya, sesuatu yang terjadi Allah tidak akan sia-siakannya. Yakin dan pastilah dengan janji dan ganjaran Allah kepada mereka yang bersabar.

Wednesday, July 21, 2010

minat dan harapan aku

Menulis bukan hobiku, hobiku yang sebenarnya adalah membaca. Namun ternyata aku jadi lebih suka membaca novel novel yang berkaitan percintaan.. alangkah bestnya kalau hidup ini macam jalan cerita dalam novel.. semuanya hepy ending... biasalah, cerita dalam buku.. smua akan berakhir dengan kebahagiaan.. dan aku juga berharap hidupku juga akan berakhir dengan kebahagiaan juga.. insyaallah =)

Tiba-tiba aku terkenangkan zaman aku sekolah menengah dahulu... Semasa di alam persekolahan, jiwaku seakan-akan lapar sekiranya dalam sehari aku tidak menyentuh apa-apa kertas atau buku yang boleh kujadikan bahan bacaan, waima cebisan kertas surat khabar lama yang kulihat di celah-celah semak di tepi jalan. Rakan-rakanku pernah menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka jikalau mereka mengadu masalah mereka kepadaku jika di tanganku kejap memegang sebuah buku. Ini kerana, aku seolah-olah berada dalam dunia yang lain dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Perkara ini memang aku akui kebenarannya kerana jika novel yang kupegang, lain-lain tidak kuhiraukan.

aku memang kaki novel la dulu.. siap digelar penglipur lara sebab lepas habis aku baca novel tersebut aku akan ceritakan kisah-kisah novel tersebut dekat kawan-kawan aku yang malas nak baca novel.. yang bestnya aku ingat setiap babak dan muka surat kalu kawan-kawan aku nak tengok.. hebat kan aku hehe

Membaca bukan sekadar mengisi masa lapang, tetapi melalui pembacaan kita dapat mengasah kreativiti dalam penulisan seterusnya menjadi salah satu usaha untuk memartabatkan bahasa Malaysia. Selain mengikuti arus cerita yang dibawa oleh penulis, sebagai pembaca, aku juga tertarik dengan kemampuan mereka menggarap idea yang mungkin tidak terfikir oleh si pembaca.

Kadang-kadang aku juga berangan-angan untuk jadi penulis terkenal seperti penulis-penulis novel. Ada beberapa cerpen yang aku buat untuk simpanan peribadi. Tetapi sayang sekali selepas laptop aku rosak suatu ketika dahulu, selepas format laptop semua koleksi cerpen aku telah hilang :'( Aku berazam suatu hari nanti aku juga mahu jadi penulis novel terkenal seperti Ramlee Awang Mursyid, Norhayati Berahim ataupun penulis muda yang saya minati Damya Hanna.

Aku harap minat membaca bukan sahaja digalakkan pada remaja tetapi kepada semua golongan kerana dengan membaca, minda kita akan terbuka lebih luas. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pemandangan, banyak membaca luas pengetahuan. Sekian


Monday, July 19, 2010

MeRaJuK

Merajuk…… huhu


Isu kali ini timbul bukan kerana aku yang suka merajuk (betul ke??), cuma aku terfikir..Korang rasa best ke kalau merajuk orang pujuk..atau kalau kena pujuk orang yang merajuk?


Pada aku bila aku diam atau merajuk aku tak perlukan orang memujuk cuma berikan masa untuk aku cool kembali dan fikirkan perbuatan aku tu betul atau tidak. Tapi aku nak la someone istimewa dalam hidup aku pujuk aku bila aku merajuk. Biar aku diam macam mana pun, aku harap “beliau” tidak putus asa memujuk aku.


Dalam family aku takde istilah pujuk-pujuk ini. Parent aku akan biarkan aku dok sorang-sorang dalam bilik dan fikir betul-betul adakah tindakan aku tu salah atau betul. Tiada layanan istimewa untuk mereka yang kuat merajuk dalam family aku. Cuma adik aku la selalu akan cuba buat lawak bodonya untuk buat aku gelak.. sayang adik =)


Hasilnya sehingga sekarang bila terniat di hati aku nak merajuk aku akan terus berfikir kesannya bukan sahaja pada aku tapi pada orang lain. Kesian mereka melayan angin aku yang tak menentu ni. Terima kasih kepada parent aku kerana tidak menjadikan rajukan dan pujukan sebagai tabiat dalam hidup seharian aku.


Tetapi aku ingin meminta maaf kepada “beliau” sebab aku sering kali merajuk atas perkara-perkara yang kecil sahaja. Terima kasih sebab tidak jemu melayan keranahku.


Aku nak bagi sedikit pesanan kepada mereka yang bergelar lelaki. Perempuan memang suka merajuk tapi sebenarnya bukanlah mereka 100% berharap korang akan tunaikan permintaan mereka atau melayan mereka macam puteri. Cuma mereka harapkan korang bagi perhatian dan mempertimbangkan permintaan sahaja.


Jangan sesekali korang tinggalkan pasangan korang masa mereka merajuk. Sebabnya korang perlu tahu, seorang wanita ini dicipta dari rusuk yang paling bengkok.. adakalanya hatinya begitu marah atau akan membuat korang marah. Maka korang kena ketahuilah bahawa saat itu seorang wanita mengkehendaki korang menasihatinya dengan baik dan berhikmah. Sesungguhnya hati seorang wanita penuh dengan kelembutan.


Tapi korang jangan cuba untuk luruskan, kerana mungkin ia akan patah. Namun jangan pula korang membiarkan begitu saja kerana akan selamanya mereka salah. Korang tenanglah hadapi dan tersenyumlah, tataplah mata dan tenang kan mereka, nescaya korang akan menemukan mereka tersungkur menangis di pangkuan korang. Maka ketika itu korang dah berjaya memiliki hati seorang wanita itu.


Khas untuk "beliau" aku ingin menyatakan kebahgiaanmu adalah kebahgiaanku jua, kesedihanmu adalah kesedihan aku jua.


Sunday, July 18, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..

aku tujukan kepada bakal suamiku kelak =)


Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..


Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..


Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..


Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..


Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..


Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..


Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

Cemburu ke???

Cemburu?? Apa itu cemburu??

Aku pasti semua orang pandai merasa cemburu kan? Tipu la kalu tak ada langsung rasa cemburu. Samada cemburu banyak, cemburu sikit, cemburu buta atau cemburu celik..

Aku dah lama simpan perkara ini dalam kepala, sebelum ni tak terfikir pun nak tulis atau nak luahkan, tetapi setelah membaca kisah suami 81 tahun yang tikam isteri hingga mati, aku terfikir... Cemburu itu biar bertempat..biar di tempat yang betul bukan cemburu mengada yang...annoying..!

Tapi kisah aku macam lawak je.. ada ke patut aku cemburukan "beliau" yang sibuk dengan kerja komputernya... lain la kalu dia ada perempuan lain hik3... apapun aku cuba menyesuaikan diri aku dengan minat "beliau". Penah aku bergaduh dengan "beliau" hanya kerana masa "beliau" banyak pada kerja-kerja komputernya... huhu

Perkara pertama mestilah minta MAAF. Patut ler beberapa sms sebelum itu tidak berbalas. Aku tahu "beliau" sibuk sebab "beliau" tengah sangat minat terhadap kerjanya.. Akhirnya aku mengerti dan cuba memahami.. Aku tahu "beliau" dah cuba sedaya upaya bahagikan masanya untuk aku..

hmmm... perkara yang buat aku kurang selesa bila kakak angkat aku selalu contact "beliau" bila ada kesusahan.. aku terfikir jugak, siapa adik angkat kepada kakak itu?? Ye, aku tahu "beliau" tidak anggap apa-apa pun terhadap kakak itu.. tapi perasaan kurang selesa itu ada pada diri aku.. oh hati tabahkan yek... =)

apapun saya sayang "beliau".....